Selasa, 04 Februari 2014

Penggunaan Ruang Yang Bijak Di Dalam Apartment Kecil 10 Gambar



Harga rumah di Malaysia sangat mahal terutamanya di dalam kota besar seperti Kuala Lumpur. Rumah yang saya dan Miss Mean beli agak kecil tetapi harganya sama dengan harga sebuah rumah dia tingkat di Taman Tun Dr Ismail pada tahun 1983. Jadi bagaimana kita boleh membuatkan rumah yang kecil untuk kelihatan besar? Jawapannya ialah teknik penggunaan ruang yang bijak dengan menggunakan perabot yang adaptif. Rak buku apartment ini boleh digerakkan dan dibelakangnya sebuah katil disorokkan dari pandangan bila tidak digunakan. Cool

Dibawah ialah sebuah apartment yang terletak pada tingkat atas (loft apartment). Ianya hanya sebesar 247 kaki persegi tetapi kerana penggunaan ruang yang bijak ia mampu berfungsi sebagai ruang hidup yang selesa kepada penghuninya. Rekaan dalamannya ditinjauankan oleh Paul Coudamy dan beliau menamakan apartment ini sebagai The Red Nest.

Kami yakin rekaan Paul amat praktikal di masa hadapan apabila harga hartanah semakin meningkat naik. Saya dan Miss Mean mendapat banyak inspirasi dari rekaan ini. Ho yeah! Nice!





Tidak ada komentar:

Posting Komentar