Jumat, 28 Februari 2014

Gambar CCTV Bos Dan Sekretari Kantoi Becium Dalam Lif



kami dimaklumkan, dua manusia dalam gambar-gambar ni adalah Bos dan Sekretari..

Tapi kalau tengok perlakuan dorang, memang dah lebih dari tu beb..

Yang si perempuan tu elok je bertudung.., dan jantan kabaret tu pulak nampak baik je pakai pakaian casual..

Itu secara zahir lah kann..., tapi bila masuk je dalam lif, semuanya berubah beb...

Agaknya, mamat Bos tu lupa bahawa setiap lif ada dipasang cctv..

Dan tinjauannya, kantoi beromen lah dorang beb... Hahahaha..





Kamis, 27 Februari 2014

Amalina Che Bakri pelajar cemerlang SPM 17A1 kini sudah tidak bertudung 5 gambar

Salam semua,





Amalina Che Bakri. Satu nama yang sudah lama tidak disebut beberapa tahun kebelakangan ini kembali memuncak. Bermula di twitter apabila topik hangat mengatakan Amalina Che Bakri kini sudah tidak bertudung dan menyambut perayaan Krismas bersama teman lelakinya. Sebagai nota, Amalina, dilahirkan pada tahun 1987 dan berasal daripada Kelantan merupakan seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004 kerana menempah nama dengan mendapat 17A1.
Pada tahun 2009, berita mengenainya heboh apabila difahamkan dia gagal meneruskan pengajian diUniversiti Edinburgh kerana gagal di dalam peperiksaan. Ketika itu Amalina dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia untuknya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan.
Pembuka tahun 2012, sekali lagi Amalina Che Bakri dihangat berita sensasi apabila beberapa keping gambarnya di laman Facebook dijadikan bahan isu kenapa dia sudah tidak bertudung. Lagi gambar after the jump.




sumber




Rabu, 26 Februari 2014

Apa yang hendak disiasat Zainal Abidin hanya saksi dalam kes ini tanya TKM Mansor

  • Susan Loone
  • Malaysiakini Jan 11 2013
 
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata laporan awal terhadap pembantu khasnya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah untuk menutup kes gangguan seksual yang melibatkan seorang penjawat awam, "tidak membuktikan apa-apa".

NONEMansor (kiri) berkata laporan yang diterima sekembalinya dari Mekah
semalam adalah berdasarkan wawancara dalaman dengan pembantu khasnya itu yang berusia 56 tahun, Zainal Abidin Saad.

Apabila ditanya jika terdapat panel untuk menyiasat pembantunya itu berhubung dakwaan tersebut, Mansor berkata "tidak ada apa untuk disiasat".

"Apa yang hendak disiasat sedangkan Zainal Abidin hanya saksi dalam kes itu?" katanya ketika dihubungi.

Zainal Abidin sendiri telah menafikan dalam satu kenyataan lewat malam tadi, bahawa dia adalah suspek dalam kes itu, tetapi mengakui ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebagai saksi.

Katanya, beliau (Zainal Abidin) terkejut membaca laporan berita mengenai kes yang membuatnya kelihatan seperti seorang pesalah, sambil menambah beliau sedang menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus mencemarkan reputasinya.

PKR Pulau Pinang bertegas untuk mempertahankan ahli mereka dan reputasi pejabat TKM yang telah tercemar oleh kejadian tersebut.

NONEUntuk ini, Mansor berkata, PKR telah menyediakan sepasukan
peguam untuk Zainal Abidin (kanan), yang pada 3 Januari lalu, ditahan SPRM di Seberang Jaya bersama dengan dua yang lain, termasuk bekas pegawai daerah Seberang Perai, Roslan Yahaya.

Roslan sejak itu dipindahkan ke pejabat sekretariat negeri manakala tempatnya diganti oleh Jusni Ismail.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana didakwa cuba menawarkan rasuah RM30,000 kepada seorang kerani untuk mendiamkan dakwaan gangguan seksual terhadap pegawai daerah tersebut.

Mengenai sama ada kedudukan Zainal Abidin sebagai pembantu khas dan kakitangan kerajaan negeri akan terjejas, Mansor berkata "tidak".

"Beliau adalah kakitangan kontrak kerajaan negeri. Pada masa ini, kedua-dua kedudukan itu tidak akan terjejas," kata Mansor yang juga pengerusi PKR negeri itu.

Selasa, 25 Februari 2014

Polis sahkan Datu Amir Bahar Hushin Kiram ditahan


March 24, 2013 TMI
 
LAHAD DATU, 24 Mac — Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas.
“Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.
Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.

Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.

Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma.  Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.
Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan.

Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan.
“Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya. - Bernama

Senin, 24 Februari 2014

Pemuda MIC Sikap pengundi tiada kaitan dengan sekolah


Malaysiakini Mei 13 2013 
Pemuda MIC hari ini menegaskan pandangan mereka bahawa sikap yang ditunjukkan oleh pengundi bukan Melayu tidak mempunyai hubungan dengan perpaduan antara kaum mahupun jenis sekolah yang dihadiri.
Oleh itu, tuntutan agar sekolah vernakular dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan tidak sepatutnya dibincangkan sama sekali, kata ketua pergerakan itu, T Mohan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan pro-canselor UiTM Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang mengesyorkan agar sekolah vernakular dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Abdul Rahman mengesyorkan demikian dalam satu seminar semalam, dengan merujuk kepada trend yang ditunjukkan oleh pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Mohan bagaiamanapun berkata, trend yang disebut sebagai tsunami Cina oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak itu tiada kaitan sama sekali dengan sekolah vernakular.

“Pada PRU 13 ini, kita dapati bahawa walaupun sebahagian besar pengundi berbangsa Cina adalah mendapat pendidikan dari sekolah aliran Cina, namun begitu mereka telah mengundi dan memenangkan ramai calon dari PAS.

“Pengundi-pengundi Melayu terutamanya di kawasan bandar juga didapati telah mengundi calon bukan Melayu dari PKR dan DAP. Ini jelas menunjukkan bahawa trend pengundian telah melepasi benteng perkauman dan juga kegamaan.

“Walaupun DAP dan juga PAS didapati sering bertelagah berkenaan dengen perlaksanaan hukum hudud, namun begitu ianya tidak memberi kesan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu dari mengundi PAS.

“Maka itu cadangan sesetengah pihak supaya sekolah vernakular hendaklah dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan anatara kaum bukan sahaja tidak tepat malah tidak seharusnya menjadi tajuk perbincangan malah semua pihak termasuk media perdana tidak seharusnya menggunakan isu perkauman dan juga perpaduan sebagai modal politik,” kata Mohan.

Minggu, 23 Februari 2014

Doktor Ini Berhasil Tumbuhkan Cuping Telinga Di Lengan Pesakit

Sejak tahun 2010 telinga kiri Sherrie Walter harus diambil akibat kanser kulit. Tapi kini ia telah memiliki telinga baru yang dibuat dilengan dengan menggunakan tulang rawan dari rusuknya.

Awalnya Sherrie didiagnosis dengan basal cell carcinoma dan telah menyebar ke jaringan di sekitarnya sehingga telinga kirinya harus diangkat bersama dengan beberapa bagian tengkorak dan saluran telinga.

Sekitar 4 tahun yang lalu Sherrie tidak berpikir bahwa koreng atau luka di telinganya adalah kanker. Ia sempat diresepkan dengan antibiotik tapi tak kunjung sembuh hingga akhirnya 8 bulan kemudian ia menemui dokterkulit.

Dokter tersebut memeriksanya kurang dari 5 minit dan langsung mengatakan bahwa itu adalah kanser. Sherrie pun melakukan pengobatan agresif untuk menghapus 7 lapisan kulit dan saat itu telinganya masih utuh.

Namun pada Oktober 2010 Sherrie menemukan darah di dalam telinganya dan dokter mengatakan bahwa kanser tersebut telah menyebar ke saluran telinga kirinya. Dokter pun melakukan operasi selama 16 jam untuk menghapus saluran telinga, gendang telinga dan sebagian telinga kirinya serta beberapa kelenjar dan jaringan di sekitarnya.

Dokter Ini Bertinjauan Tumbuhkan Daun Telinga Di Lengan Pasien!! [ www.Up2Det.com ]

Hingga akhirnya ia ditawari kesempatan untuk menerima prosedur inovatif yang sama sekali baru, yaitu mengambil tulang rawan dari tulang rusuknya kemudian akan ditempatkan di bawah kulit lengan selama berbulan-bulan untuk tumbuh.

"Saya merasa seperti perccuaan dalam menjalani prosedur ini," ujar Sherrie (42 tahun) yang menjalani prosedur di Johns Hopkins Hospital, Maryland seperti dikutip dari Dailymail.

Pasukan ini dipimpin oleh Dr Patrick Byrne, seorang profesor bedah THT-kepala dan leher di Johns Hopkins University School of Medicine. Diketahui perlu waktu sekitar 4 bulan bagi organ baru ini untuk ditumbuhkan di bawah kulit lengan kirinya sebelum dipindahkan ke sisi kiri kepala pada bulan Maret 2012.

"Kami tanamkan telinga di dekat pergelangan tangan dan hanya membiarkannya disana sampai semua kulit boleh tumbuh menjadi telinga," ujar Dr Byrne.

Dokter Ini Bertinjauan Tumbuhkan Daun Telinga Di Lengan Pasien!! [ www.Up2Det.com ]

Hingga akhirnya pada bulan March 2012 telinga baru ini ditempelkan ke sisi kiri kepalanya dan doktor mulai bekerja secara kosmetik sehingga nanti bentuk telinganya menyerupai telinga sebelah kanan.

"Menurut pendapat saya kini hanya masalah mengurangi pembengkakan dan menyembuhkan, setelah ia sembuh saya yakin dia akan memiliki telinga yang terlihat normal," ujar Dr Byrne.

Meski begitu, walaupun pemulihannya belum berakhir, tapi Sherrie menganggap dirinya beruntung dan berharap orang lain belajar dari kisahnya yaitu gunakan selalu tabir surya dan segera lakukan pemeriksaan agar tidak terlambat.

detik.com
 sumber.

Sabtu, 22 Februari 2014

Diajak Berhubungan Seks dengan 2 Lelaki Kanak kanak Afghan Di Penjara

13 Feb 2013 detikNews

Kabul - - Seorang kanak-kanak lelaki  di Afghanistan dijmasukkan ke dalam penjara kerana berhubungan seks dengan dua lelaki dewasa. Kes ini sontak menuai protes kerana sang anak yang sebenarnya menjadi mangsa malah ikut dipenjara.

Mahkamah setempat menjatuhkan hukuman 1 tahun penjara kepada kanak-kanak berumur 13 tahun yang tidak disebutkan namanya ini. Kanak-kanak ini dinyatakan bersalah kerana berhubungan seks dengan dua lelaki di sebuah taman di Provinsi Herat.

Kini, bkanak-kanak tersebut mendekam di dalam penjara remaja di wilayah Afghanistan. Demikian pernyataan organisasi HAM, Human Rights Watch (HRW) seperti dilansir news.com.au, Selasa (12/2/2013).

Menurut HRW, hukum yang berlaku di Afghanistan memang melarang dilakukannya pederasty, yakni hubungan seksual antara anak laki-laki dengan seorang lelaki dewasa. Namun HRW mengkritik adanya dakwaan kejahatan moral yang justru digunakan untuk menjerat mangsa dalam kes kekerasan seksual, dengan pasal pidana.

"Ketika seorang lelaki berhubungan seks dengan anak berusia 13 tahun, anak tersebut merupakan mangsa pemerkosaan, bukan pelaku kejahatan," ujar Direktur HRW untuk kawasan Asia, Brad Adams.

"Pemerintah Afghan seharusnya tidak mengkriminalisasi anak yang menjadi mangsa ini, namun sebaliknya, harus melepaskan anak ini dengan segera disertai perlindungan dan pendampingan khusus," imbuhnya.

Kasus ini terjadi pada September 2012 lalu. Dua pria dewasa yang terlibat dalam kasus ini juga ditangkap dan diadili. Namun sayangnya perkembangan proses hukum terhadap kedua pria tersebut tidak diketahui secara pasti.

Otoritas kehakiman di wilayah Herat belum bisa dimintai komentar atas kasus ini.

(nvc/ita)

Jumat, 21 Februari 2014

Dr M kata Jika PR berkuasa rakyat tak berpeluang pilih BN kembali Memang pun kan PR terbaik

September 06, 2012

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.
Jelas mantan perdana menteri itu lagi,  pilihan untuk "merubah pemimpin" itu juga bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk.
"Ada yang kata kita tukarlah (pemimpin) ... cuba yang lain ... kita cuba lima tahun, kalau tidak baik, kita tukar.

"Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN," kata Dr Mahathir (gamber) ketika program sepetang bersama beliau di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.

Jelas beliau yang telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri, usaha mengubah pemimpin negara itu juga berkemungkinan akan menghancurkan negara ini jika kita hanya memilih mereka yang hanya "ingin menjadi perdana menteri."

"Jika kita menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita ada, kita pasti akan dapat lebih lagi daripada pembangunan," kata Dr Mahathir lagi.
"Jadi mereka beritahu semua orang ... ini adalah masanya untuk berubah," katanya.
"Jika kita menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita ada, kita pasti akan dapat lebih lagi daripada pembangunan," kata Dr Mahathir lagi.

Kenyataan itu dilihat merujuk kepada bekas timbalannya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambah pemimpin itu lagi, kejayaan Malaysia hari ini adalah disebabkan usaha BN memajukan negara ini.
"Kejayaan, keamanan dan kemakmuran negara ini adalah satu "keajaiban" kerana negara ini maju dari segi ekonomi dan juga politiknya berbanding negara-negara lain yang beroleh kemerdekaan seperti kita," katanya .The Malaysian Insider

Kamis, 20 Februari 2014

Lamborghini Gallardo LP 570 4 Tabrak Saingannya Ferrari 458

Lamborghini Gallardo LP570-4 Super Trofeo Stradale
Lamborghini Super Trofeo Stradale I foto : wreckedexotics.com
Lamborghini Super Trofeo Stradale hanya 150 unit yang pernah dibuat dan tampaknya bahwa salah satunya telah mengalami tabrakan dengan Ferrari saingannya di Cina.

Edisi terbatas si Lambo dilaporkan menabrak Ferrari 458 Italia di Hong Kong. Untungnya, kecelakaan itu tampaknya tidaklah sampai parah, hanya memerlukan beberapa perawatan. Bumper tampaknya tidak berada dalam kondisi baik alias ringsek.

Dalam insiden ini tidak beritakan mengenai kerusakan yang di alami si ferrari 458.

Rabu, 19 Februari 2014

Mengejutkan…Adik Nawal Dikatakan MEMANG SERING Ditinggalkan Ibunya Dalam Kereta!

Mengejutkan...Adik Nawal Dikatakan MEMANG SERING Ditinggalkan Ibunya Dalam Kereta!

SIASATAN kes kematian adik Nawal Iris Samsudin, tiga tahun yang meninggal dunia setelah ditinggalkan bersendirian di dalam kereta baru-baru ini membawa kepada penemuan yang mengejutkan!
Akhbar Malay Mail mendedahkan adik Nawal Iris sering ditinggalkan di dalam Perodua Myvi milik ibunya yang ditempatkan bertentangan dengan bangunan utama sekolah selama berjam-jam lamanya hingga ibunya selesai bermesyuarat atau mengajar.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli yang mengesahkan dakwaan tersebut berkata,  kenyataan-kenyataan yang diambil dari guru-guru SMK USJ4 menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sering dibawa ke sekolah dan dibiarkan bermain di kawasan sekolah secara berseorangan.
Yahaya menambah, guru dan staf di sekolah tersebut sering mendapati bahawa kanak-kanak tersebut ditinggalkan dalam kereta dengan cermin yang diturunkan, berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta atau duduk bersendirian di bangku.
Pihak polis telah mengambil kenyataan ibu bapa Nawal Isnin lalu.
‘Penemuan’ ini didapati bercanggah dengan komen yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan sekolah pada minggu lalu di mana mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah melihat kanak-kanak tersebut.
Kertas siasatan bagi kes itu kini dalam poses untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Pada 18 Julai lalu, Nawal meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang.
Nawal meninggal dunia di klinik berdekatan dan bedah siasat mengesahkan ia berpunca dari strok haba.
BACA: Kanak-kanak maut ditinggalkan dalam kereta!

Selasa, 18 Februari 2014

Nurin Aina diumum calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok

KEDAH 8 APRIL: Jurutera muda, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina malam tadi diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok bagi mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU 12.
merbo 
Pengumuman dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Bandar Laguna Merbok kira-kira jam 11 malam.

Berusia 38 tahun, beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.
Sebelum ini, kerusi itu dimenangi Datuk Rashid Din yang memperoleh 25,541 undi, menewaskan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari Umno BN (22,443 undi).

(FZL)

 Short URL: http://www.keadilandaily.com

Minggu, 16 Februari 2014

David Beckham Acah Tatu Nama Isteri



Demi mengabadikan rasa cinta dan kasihnya pada isteri tercinta, bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham telah mencacah tatu dengan nama Victoria tertulis di tangannya.

Beckham mendedahkan tatu terkininya itu sebagai penghargaan kepada isterinya yang juga pereka fesyen yang semakin mencipta nama ketika sedang menghadiri majlis makan malam amal The Global Fund di London, baru-baru ini.

Pada majlis itu juga, anak bongsu pasangan terkenal itu, Harper Seven turut dilihat hadir sambil didukung oleh bapanya.

Majlis amal itu turut dihadiri barisan selebriti popular seperti pelakon Sienna Miller, pereka fesyen terkenal, Stella McCartney dan majlis itu telah dihoskan oleh ketua editor majalah Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour.

Oleh: AUDREY LEE

Sabtu, 15 Februari 2014

Ana Dahlia Diugut Pembuli Jalanan


Pelakon Ana Dahlia yang juga merupakan bekas menantu kepada Chef Wan dikatakan telah diugut oleh seorang pembuli jalanan, minggu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila Ana mahu mengundurkan keretanya selepas kad Touch ‘n Go miliknya tidak boleh digunakan.

Namun belum sempat dia berbuat demikian, terdapat sebuah kereta meluru laju dan terus merempuh belakang kereta Ana.

Pemandu lelaki itu kemudiannya bertindak agresif selepas berlaku insiden tersebut dan atas faktor keselamatan pelakon wanita itu tidak keluar daripada keretanya.

Sebaliknya Ana menyarankan mereka pergi ke balai polis berhampiran untuk membincangkan hal itu.
Menurut laporan Metro Ahad, walaupun berkali-kali Ana meminta maaf kepada lelaki tersebut, namun si pembuli jalanan itu terus-terusan berkasar dan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada aktres tersebut.

Hai, macam itu punya orang pun ada ke?

Nasiblah Ana ini bertindak bijak dengan segera ke balai, kalau tak, tak tahu untung nasibnya apabila berdepan dengan orang sebegitu.

Oleh: AUDREY LEE

Jumat, 14 Februari 2014

Ini Bukan Jambatan Bunian


Inilah satu-satunya jambatan yang menakjubkan dan unik. Jambatan ini dibina di Fort de Roovere dalam Halsteren, Belanda. Tujuannya adalah untuk mewujudkan jambatan yang tidak dapat dilihat dari jauh Kira-kira macam jambatan bunian la,ghaib tidak nampak pada pandangan mata kasar.

Hasilnya ialah satu jambatan yang menakjubkan dan unik di mana ketinggian jambatan adalah sama dengan paras air terusan. Pengunjung dengan mudah dapat menyentuh air dan merasainya. Anda boleh berasa seperti air terbelah dua untuk memberi laluan kepada anda untuk mewujudkan laluan ke alam lain. Ini adalah benar-benar jambatan unik dan cantik di mana anda harus lawati.



Jambatan ini seolah-olah ghaib tidak kelihatan...








Kamis, 13 Februari 2014

Dato Yusoff Haslam Konduktor Bas – Siapa Mereka Sebelum Popular

Artis


Selalu kita melihat pemimpin serta selebriti di Malaysia ini sebagai WOW!
Kita juga merasakan diri mereka itu sudah berada di satu platform yang hebat.
Tetapi.. Tahukah anda sebelum mereka ini menempa nama dalam industri masing-masing, mereka terlebih dahulu bekerja daripada bawah.
Jangan sangkakan mereka itu dilahirkan terus untuk menjadi selebriti atau pemimpin pada hari ini.
Berikut merupakan senarai nama pekerjaan awal mereka yang kini telah menempa nama di Malaysia.
01. Dato’ Yusoff Haslam – Konduktor Bas
02. Nabil (Raja Lawak 2) – Despatch
03. Amy Mastura – Pramugari
04. Ziana Zain – Pramugari
05. Anuar Zain – Pramugara
06. Shamsul Ghau2 – Polis
07. REM – Cikgu
08. Adibah Nor – Cikgu Bahasa Inggeris
09. Amelina – Operator
10. Nubhan (AF) – Kerani Bank
11. Fauziah Gous – Pramugari
12. Shawal (AF) – Despatch
13. Suhaimi (Inteam) – Guru agama
14. Salleh Yaakob – Askar
15. Aaron Aziz – Jurujual Kereta
16. Jimmy (trek selebriti) – Akauntan
17. Rahmat (Ekamatra) – Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
18. M Nasir – penyanyi jalanan di central market. 
19. Kumpulan medicine – pesawah
20. Nora danish – pelayan kedai mkaan mak dia
21. Ezlynn – pelayan cafe di tv3 (kedai mak dia)
22. Mahathir mohamad – doktor
23. Rafidah aziz – pensyarah
24. Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Pegawai KEMAS
25. Dato Seri Anwar Ibrahim – abim (kumpulan dakwah)
26. Samy vellu – arkitek
27. YB nizar – engineer
28. Muhammad Taib – cikgu
29. Khir toyo – dentist
30. Abdullah badawi – pegawai kerajaan
31. Almy nadia – keje kilang
32. Ina naim – keje kilang
33. Mawi – qari,pengait kelapa sawit
34. Azean irdawaty – pegawai bank
35. Remy Ishak – bellboy
36. Fahrin Ahmad – pegawai bank
37. Nazim Othman – pramugara
38. Tan Sri Syed Mokhtar – penjual daging
39. Rosmah – Suri rumah tangga
40. Johan – Pelayan kedai makan
41. Zizan – Pencuci Kereta
42. Sepah – Kerja Kilang
43. Man Raja Lawak – Posman
44. Aflin Shauki – Arkitek
Sumber: Amazingnara.com

Rabu, 12 Februari 2014

Pesawat Peribadi Orang Kaya Kaya di Dunia


1. Donald Trump and his Boeing 727-23

Pada awalnya digunakan oleh American Airlines, Model jet 1968 ini adalah rekonfigurasi 23, dengan kerusi kulit, penyaman udara berlapis emas, lukisan minyak, dan lampu kristal Waterford. Logo TRUMP di keliling pesawat mempunyai panjang 30 kaki, tinggi 4 kaki , dan dibuat daripada emas 23 karat.




2. Roman Abramovich and his Boeing 767-33A

Siapa yang tak kenal pemilik pasukan Chelsea ini ? Dia mempunyai pesawat peribadi, 767 ini mungkin nampak biasa dari luar, tapi dalamannya nya dilengkapi dengan kenari dan dihiasi dengan emas. Pesawat ini sering dilihat di Bandar Udara Luton sekitar 40 miles utara London, di mana Abramovich menghabiskan sebahagian besar masanya.




3. Sultan Brunei dan Boeing 747-430

Sultan membeli 747 baru dengan harga $ 100 juta dan telah dilengkapi dengan dalaman yang khusus dan fitur seperti singki dari emas murni dan Kristal dengan tambahan sekitar $ 120 juta. Sultan memiliki beberapa pesawat lain, tapi ini yang paling besar.




4. Jimmy Buffett and his Grumman HU-16 Albatross

Ini pesawat amfibia tentera Grumman HU-16 Albatross yang dimiliki oleh penyanyi-penulis lagu Jimmy Buffett yang dinamakan The Hemisphere Dance . Pada tahun 1996, pesawat itu ditembak di Jamaica oleh polis tempatan, disebabkan curiga membawa dadah.




5. Mark Cuban dan Boeing 767-277

Miliuner Mark Cuban, pemilik pasukan basket NBA Dallas Mavericks, dalam pesawat 767 memiliki kerusi yang di pasang pada pesawat cukup besar untuk menampung pasukan, dan pemainnya yang tinggi.




6. Elvis Presley and his Convair 880

Ada yang masih ingat dengan artis yang satu ini ? dia mempunyai pesawat Cenvair 880 loh gan, Convair telah disesuaikan dengan 28 kerusi bukan 110 kursi seperti biasa. Ekor dari jet sekarang dicat dengan logo TCB, yang merupakan singkatan dari Taking Care Business.




7. Bill Gates dan Bombardier BD-700 Global Express

Dimiliki oleh Challenger Administration LLC atas nama Bill Gatesâ, jet ini boleh membawa lapan orang. Terbang pada ketinggian 51.000 kaki untuk jarak 6.500 miles dari laut, yang boleh tanpa henti dari Tokyo-New York atau Los Angeles-Moskow.





8. John Travolta

Artis yang satu ini mempunyai pesawat sekaligus dengan tempat pesawat pribadinya sekali.