Sabtu, 01 Februari 2014

Isteri tidur dengan suami orang suami mahu balas dendam’

myMetro

Singapura: Akhbar harian utama berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama suami orang dan saling bertukar mesej pesanan ringkas (SMS) yang erotik setiap malam. Kecurangan itu diketahui selepas dia meletakkan alat pengintipan tersembunyi dalam telefon bimbit isterinya. 

Menurut akhbar harian berbahasa Cina republik ini, Lianhe Zaobao, lelaki itu turut mendapat tahu dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan mereka berusia dua tahun.

Dalam beberapa siri tulisan di blog miliknya, “Saya mahu balas dendam,” lelaki terbabit menulis bahawa isterinya mengkritik pretasi seksualnya dan bagaimana dia menikmati seks bersama kekasihnya dalam perbualan SMS mereka.

Tidak mahu menjadikan anak perempuan mereka sebagai mangsa, lelaki itu memutuskan mendiamkan diri dan meluahkan perasaan serta kemarahannya dengan menulis di blog. Dalam tulisan tiga hari lalu, dia berkata, isterinya berterus terang dengan suaminya dan meminta maaf.

Lelaki itu sudah meninggalkan kediaman mereka dan memutuskan memfailkan perceraian. - The New Paper

Tidak ada komentar:

Posting Komentar