Selasa, 31 Desember 2013

Polis ugut isteri tahanan ISA tarik balik laporan

(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 5 Julai: Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor memberitahu, Nunur Heni Onim, isteri kepada Razali Kassan, salah seorang tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) diganggu dan diugut polis Bukit Aman.

Nunur Heni
Menurutnya, mangsa mengadu didesak anggota polis terbabit supaya menarik balik laporan yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Puan Nunur Heni membuat aduan kepada kami, bahawa beliau telah diganggu oleh pegawai-pegawai polis dari Bukit Aman dan diugut supaya menarik balik laporan polis yang dibuat beliau beberapa hari lepas,” kata Afiq kepada Keadilan Daily.

Pada 1 Julai lalu, Nunur Heni ditemani anggota Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama peguam LFL membuat laporan polis terhadap suaminya, Razali yang dipukul dalam Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di Taiping.
Razali sebelum ini terpaksa menghentikan mogok lapar berikutan serangan Hepatitis B.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada tahanan yang dilaporkan dipukul dan diludah di muka oleh pegawai Kemta kerana meneruskan mogok lapar.
Afiq berkata, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan melawat Kemta hari ini disusuli peguam dari LFL pada esok.

“Pihak Suhakam akan ke sana hari ini dan esok dengan disertai doktor bagi membuat pemeriksaan kesihatan terhadap semua tahanan.
“Kami (LFL) dari pihak peguam pula akan ke sana esok bagi meneliti perkembangan terbaru mogok lapar dan juga perkembangan terbaru dari mangsa tahanan,” katanya.
Hingga hari ini, sebilangan tahanan ISA masih meneruskan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.
Nunur Heni berasal dari Jawa Barat, Indonesia dan berhijrah ke sini selepas mengahwini Razali enam tahun lalu dan menetap bersama ibu Razali di Felda Ulu Tebrau, Johor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar